Khasiat

SECARA TRADISIONAL sejak dahulu kala buah kulim ini telah digunakan sama ada sebagai bahan masakan mahupun kesihatan. Khasiat buah kulim dikatakan menjadi penawar bagi mereka yang mengalami:

a) Kencing manis
b) Masalah buah pinggang
c) Penyakit darah tinggi
d) Buasir berdarah
e) Gout
f) Kolestrol tinggi

Menurut laman web Agro Malaysia – https://agromalaysia.my di antara khasiat lain adalah:

Kebaikan buah kulim ialah:-

1. Melegakan gejala masuk angin seperti kembung perut, mual dan rasa tidak selesa.

2. Mengatasi dan penawar untuk keracunan makanan.

3. Bersifat anti mikroba untuk merawat penyakit yang terkait dengan jangkitan bakteria dan virus.

4. Mampu menjaga kesihatan jantung serta untuk mengelakkan diserang penyakit jantung dan stroke.

5. Bermanfaat untuk melancarkan pengaliran darah serta berguna untuk mengelakkan tekanan.

6. Mempunyai ciri anti piretik yang mampu menurunkan suhu badan ketika demam.

Selain itu menurut penyelidik Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia yang diterbitkan di dalam Dewan Kosmik Bil. 10 2017; Chee Beng Jin menyatakan bahawa pokok kulim mempunyai banyak kegunaan terutamanya dalam perubatan tradisional dalam kalangan masyarakat orang asli di antaranya masyarakat orang asli Jakun menjadikan rebusan untuk merendahkan tekanan darah, masyarakat orang asli Temuan pula menggunakan buah ini untuk masalah cacing dalam usus manakala masyarakat asli Kensiu menjadikan penawar bagi masalah buasir.

WHATSAPP

PROMOSI

Facebook

Facebook Pagelike Widget