BUAH KULIM juga turut dikenali dengan panggilan bawang hutan atau nama saintifik diberikan sebagai Scorodocarpus Borneensis Becc. merupakan sejenis buahan hutan yang amat jarang ditemui.
Pohon kulim semakin kurang ditemui kecuali di kawasan hutan tebal seperti hutan belantara di tasik Kenyir berusia ribuan tahun.
Buah kulim ini telah digunakan secara tradisional sejak dahulu kala sama ada sebagai bahan masakan mahupun kesihatan. Khasiat buah kulim dikatakan digunakan oleh mereka yang mengalami:
a) Kencing manis
b) Masalah buah pinggang
c) Penyakit darah tinggi
d) Buasir berdarah
e) Gout
f) Kolestrol tinggi
Menurut laman web Agro Malaysia – https://agromalaysia.my di antara khasiat lain adalah:
Kebaikan buah kulim ialah:-
1. Melegakan gejala masuk angin seperti kembung perut, mual dan rasa tidak selesa.
2. Mengatasi dan penawar untuk keracunan makanan.
3. Bersifat anti mikroba untuk merawat penyakit yang terkait dengan jangkitan bakteria dan virus.
4. Mampu menjaga kesihatan jantung serta untuk mengelakkan diserang penyakit jantung dan stroke.
5. Bermanfaat untuk melancarkan pengaliran darah serta berguna untuk mengelakkan tekanan.
6. Mempunyai ciri anti piretik yang mampu menurunkan suhu badan ketika demam.